“Cara Memohon Kad Kredit Pertama Tanpa Slip Gaji (2025)”





Assalamualaikumwarahmahtullahiwabarahkatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog NextRinggit, pada kali ini kami menyediakan artikel bertajuk 'cara memohon kad kredit pertama tanpa slip gaji di tahun 2025 ini.

Kategori: Kad Kredit | Bahasa Malaysia | Kewangan Harian



Pendahuluan

Ramai anak muda, peniaga kecil dan pekerja bebas (freelancer) nak mohon kad kredit tapi tiada slip gaji tetap. Jangan risau — tahun 2025 ada banyak pilihan kad kredit yang tidak semestinya perlukan slip gaji, terutamanya jika anda ada bukti pendapatan lain seperti penyata bank, e-hailing, atau akaun KWSP.

Artikel ini tunjukkan cara mohon kad kredit pertama walaupun anda:

  • Bekerja sendiri

  • Tiada slip gaji tetap, dan

  • Baru habis belajar


Kenapa Perlu Ada Kad Kredit?

✅ Boleh Dapat cashback & mata ganjaran
✅ Penting untuk membina rekod kredit CCRIS
✅ Berguna untuk kes kecemasan ataupun tempahan hotel/tiket
✅ sangat Sesuai untuk urus bajet bila bayar penuh setiap bulan





Antara Syarat-Syarat Umum untuk Memohon Kad Kredit di Malaysia

KriteriaKeperluan Minimum
Umur21 tahun ke atas
Pendapatan minimumRM24,000/tahun (RM2,000/bulan)
Dokumen diperlukanSalinan IC, bukti pendapatan

Antara Cara Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji

✅ 1. Sediakan Dokumen Alternatif

Jika anda tiada slip gaji, boleh guna:

  • Penyata bank 3–6 bulan

  • Penyata KWSP (i-Akaun)

  • Borang BE/EA dari LHDN

  • Bukti bayaran dari Shopee, Grab, Foodpanda, Fiverr dll

  • Akaun bank dengan transaksi konsisten

✅ 2. Pilih Bank Yang Terima Pendapatan Alternatif

Beberapa bank mesra untuk kerja sendiri atau freelancer:

BankKad KreditMesra Pendapatan Alternatif
MaybankMaybank 2 Gold/PlatinumYa (boleh guna penyata bank)
AEON CreditAEON Classic/GoldYa (untuk belia & peniaga kecil)
CIMBCIMB e Credit CardYa (boleh mohon online)
Bank RakyatKad Kredit-i Bank RakyatYa (patuh Syariah)

✅ 3. Guna Platform Permohonan Kad Online

๐Ÿ“Œ Mereka boleh membantu anda untuk memilih kad kredit jenis macam mana yang paling sesuai dan dihantar terus ke tangan anda dan . Anda juga boleh mendapat welcome gift. kerana baru sahaja memohon kad kredit pertama anda.




Antara Tip  mudah untuk Lulus Permohonan Kad Kredit

๐Ÿ’ก Ada Simpanan sekurang-kurangnya RM1,000–RM3,000 dalam akaun bank atau dalam saving akaun
๐Ÿ’ก Pastikan anda tiada tunggakan pinjaman lain (check CCRIS).terutama PTPTN
๐Ÿ’ก Mohon satu kad sahaja dahulu — jangan memohon lebih dari satu kad kredit serentak
๐Ÿ’ก Gunakan kad kredit dengan bijak & bayar instalment kad kredit penuh setiap bulan


Antara Alternatif Yang boleh digunakan Jika Gagal Mohon Kad Kredit

Kad Kredit Prabayar (Prepaid Credit Card)
Contoh: BigPay, MAE, Wise — boleh beli online & overseas
Kad Kredit Tambahan (Supplementary Card)
Minta dari ibu bapa/pasangan
Bina kredit melalui PTPTN, ASB Loan, dll


Kesimpulan

Tiada slip gaji bukan bukan bermakna ianya halangan untuk anda yang ingin memiliki kad kredit pertama — yang ppaling enting anda tunjukkan aliran tunai yang stabil. Gunakan kad secara bijakdan berhemah  untuk membina skor kredit yang baik dan nikmati kelebihan seperti cashback dan promosi eksklusif.



Comments

Popular posts from this blog

“Perbezaan ASB, Tabung Haji & SSPN – Mana Patut Anda Simpan?”

Road to RM100K – Cara Simpan RM10 Sehari Sampai Jadi!

7 Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan di Malaysia – Jimat Belanja Harian Anda